24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TAMAN SEMPORNA CENTRE LANCAR PAPAN TANDA KRT

Papan Tanda KRT Taman Semporna Centre.

SEMPORNA : Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Semporna Centre mengadakan Program Pelancaran Papan Tanda KRT Taman Semporna Centre, Semporna, Sabah pada Ahad(19Mac) 2023.

Pengerusi KRT Taman Semporna Centre, Ariffin bin Uzam berkata program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan dan mewar-warkan lagi kewujudan Jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) dan untuk menarik perhatian serta menyeru KRT agar menjadikan Jawatankuasa RT sebagai sahabat dalam bersama-sama menyumbangkan idea untuk pihak RT merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang boleh membawa faedah dan kebaikan bersama KRT Taman Semporna Centre.

Turut hadir bersama Mad Sarip Saleh, Timbalan Pengerusi KRT, Nasir Marasik, Setiausaha KRT, Sudin Sabani, Hamran Jupuri, Mahmud Bantala, Jaapar Payasan yang terdiri daripada AJK RT Taman Semporna Centre.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN