28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Taman Botanikal Labuan Akan Dinaik Taraf Dalam Skala Besar

DR. FARY… berusaha untuk dapatkan peruntukan naik taraf Taman Botanikal Labuan

Labuan: Taman Botanikal Labuan yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari pusat bandar akan dinaik taraf dalam skala besar sebagai usaha meningkatkan semula daya tarikan taman tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, Taman Botanikal Labuan yang juga merupakan Taman Negara pertama yang diwujudkan di Negara ini tidak pernah dinaik taraf sejak tahun 2001.

PINTU masuk Taman Botanikal Labuan

“Justeru itu ia memberi impak yang tidak baik dengan keadaan taman itu yang kurang daya tarikan dan ini sekaligus akan menjejaskan pengunjung ke taman yang mempunyai kesan sejarah pada era zaman kolonial ”.

“Sebenarnya disitu terdapat rumah kerajaan (bumbung 12) zaman British yang didiami oleh Gobenor pertama Labuan Sir James Brooke dan banyak lagi fakta sejarah yang perlu ditonjolkan” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

KEMUDAHAN yang terdapat di Taman Botanikal Labuan

Dalam waktu yang sama beliau yakin taman Botanikal Labuan boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa kerana taman ini yang mempunyai sejarah latar belakang yang amat menarik.

Jelas Dr. Fary, Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara akan berusaha untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kemudahan di taman itu.

“Bagi merealisasikan usaha itu dapat dilaksanakan, Perbadanan Labuan akan memohon peruntukan kewangan di bawah RMK 12” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN