ADVERTISEMENTspot_img

Sawking Darters sedia beri saingan pada International Sabah Open Dart Tournament

Musa (empat dari kiri), Zainal (lima dari kanan) bersama pemain Pasukan Sawking Darters yang akan menyertai kejohanan tersebut.

LABUAN: Pasukan Sawking Darters dari Wilayah Persekutuan Labuan sedia memberi cabaran kepada pasukan lawan pada Kejohanan International Sabah Open Dart Tournament yang akan berlangsung di Dewan Komunti Mangatal bermula Jumaat ini.

Menurut Pengurus Pasukan Sawking Darters Md. Musa Bakar, pada kejohan tiga hari itu, pasukannya akan menurunkan tiga pasukan termasuk satu pasukan belia sebagai pasukan pelapis.

Katanya, Sawking Darters adalah antara pasukan dart dari Wilayah Persekutuan Labuan yang akan menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa itu.

“Sebahagian pemain kami sudah biasa beraksi di pelbagai kejohanan peringkat Labuan mahupun peringkat jemputan luar dari Labuan, namun apa yang lebih penting pemain perlu mempunyai keyakinan diri untuk berdepan dengan lawan, selain mengutamakan disiplin ketika bertanding”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ringkas penyampaian sumbangan wang tunai daripada UMNO Bahagian Labuan malam tadi.

Sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban kewangan persatuan Sawking Darters yang akan menyertai kejohanan tersebut selain sebagai perangsang dan semangat kepada pemain yang menyetai kejohan itu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Bendahari UMNO Bahagian Labuan Musa Basman mewakili Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Sementera itu, Md Daud mengucapkan terima kasih kepada UMNO Bahagian Labuan atas sumbangan dan bantuan yang diberikan sambil menambah sumbangan itu menguatkan lagi semangat Sawking Darters untuk mempamerkan kesungguhan mencari kemenangan di kejohanan itu.

Turut Hadir, Ketua UMNO Cawangan Saguking, Haji Zainal Bungsu, AJK UMNO Bahagian , Mazlan Hussin serta Bendahari UMNO Zon 6, Ramlan Ag. Besar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN