26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Taman Bandukan Riverside Resort adakan persembahan Tarian Singa sempena CNY

Robert (kiri) dan Rafie (kanan) merakamkan gambar kenangan dengan penari tarian singa.

KENINGAU:Selepas dua tahun pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia, pelbagai perayaan tidak dapat disambut  termasuklah persembahan Tarian Singa sempena Tahun Baru Cina berikutan usaha membendung penularan pandemik ini.

“Walau bagaimanapun dengan kelonggaran yang diberikan pada tahun ini Taman Bandukan Riverside Resort telah mengadakan persembahan Tarian Singa sempena Tahun Baru Cina 2022” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas menyaksikan.Persembahan Tarian Singa sempena Tahun Baru Cina di Taman Bandukan Riverside Resort kelmarin.

Usaha ini katanya, tentunya merayakan bersama-sama sambutan Tahun Baru Cina bagi mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat di negara ini khususnya di Sabah.

Katanya, semuanya ini dapat dilakukan kerana keamanan dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum dan anutan agama di negara ini.

“Semoga keamanan dan kemakmuran serta perpaduan di negara ini terus terpelihara melalui sikap toleransi dan saling menghormati dikalangan setiap individu dan kumpulan masyarakat” katanya.

Pada masa sama Robert menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2022.

Turut menyaksikan persembahan Tarian Singa itu, Pengurus Taman Bandukan Riverside Resort Rafie Robert.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN