24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Taman Air Panas Poring dilanda banjir kilat

Banjir lumpur yang melanda kawasan kolam mandi, Taman Air Panas Poring, di sini semalam

RANAU: Hujan lebat yang berlaku secara tiba-tiba pada malam hari Selasa di sini mengakibatkan beberapa kawasan di sini, termasuk Taman Air Panas Poring Ranau dibanjiri.

Penolong Pengarah Sub Stesen Mata Air Panas Poring, Fred Tuh memberitahu bahawa banjir tersebut berlaku atau disedari pada sekitar jam 9.15 malam oleh staf Taman Sabah yang bertugas malam pada waktu itu. 

ROSAK…Takungan air panas yang mengalami kerosakan

“Kesan banjir ini telah merosakan sedikit kemudahan rekreasi sekitar Air Panas. Kita mendapati punca takungan air panas tertimbus dengan lumpur dan pasir dan berlaku kejadian tanah runtuh di beberapa buah beberapa kawasan,” katanya.

Menurut Fred, kerja-kerja pembersihan memang giat dilaksanakan sekarang dengan mengarahkan semua kakitangan turun bergotong royong membersihkan kawasan yang terjejas dengan banjir. 

Katanya, para kakitangan dari stesen lain juga turut hadir membantu kerja kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan Kolam Air Panas Poring.

Kerja-kerja pembaikan sedang giat dilalukan

Ekoran dari kejadian itu, katanya Poring ditutup sementara untuk kerja kerja pembersihan dan penyelenggaraan kemudahan bermula 15 Disember 2021 sehingga kerja pembersihan selesai.

Fred memberitahu bahawa kemungkinan kerja-kerja penyenlenggaraan dijangka akan siap dalam tempoh dua hingga tiga hari jika keadaan cuaca mengizinkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN