24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Talian V-Sat atasi masalah akses Internet, bantu pelajar jalani PdPR.

Datuk Yakub Khan– gambar fail

RANAU: Kerajaan negeri Sabah menggunakan talian satelit atau V-Sat sebagai penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah akses Internet di negeri ini, termasuk beberapa kawasan di Ranau.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan berkata V-Sat yang diletakkan di bawah program Connectivity Sabah Maju Jaya itu akan membantu menyelesaikan masalah Internet khususnya bagi murid dan pelajar yang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Katanya, peralatan satelit itu akan dimanfaatkan penduduk pedalaman sementara menunggu pencawang baru dibina yang dijangka siap pada tahun 2022.

Kerajaan menerusi Kementerian Sains Teknologi dan Inovas bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan V-Sat iaitu talian melalui satelit.

“Bermula esok anak-anak ini tidak lagi perlu belajar di tempat yang kita berdiri sekarang ini,” katanya kepada media ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Waluhu, Ranau kemarin (Khamis).

Pada lawatan tersebut Yaakub menyaksikan sendiri suasana pembelajaran pelajar dan murid sekolah yang mengikuti kelas dalam talian di sebuah pondok yang didirikan secara gotong-royong oleh badan bukan kerajaan (NGO).

Jelas Yaakob lagi, sebanyak 300 GigaByte diperuntukkan bagi kampung tersebut dan untuk bulan pertama penggunaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN