Mohamad Redzuan (duduk tengah)bersama AJK KUWANIS dan peserta yang hadir pada taklimat itu.
NABAWAN:Seramai 40 orang perserta dikalangan penduduk daerah ini telah mengikuti taklimat Koperasi Usahawan Bumiputera Sabah Berhad(KUWANIS) yang diadakan Tapak Tamu Pekan Nabawan baru-baru ini.
Taklimat ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan penduduk.
Dalam sesi soal jawab, topik utama yang diperbincangkan adalah mengenalpasti aktiviti perniagaan yang berpotensi di bahagian Nabawan dan bantuan yang ditawarkan oleh pihak KUWANIS kepada anggota dalam merealisasikan Misi, Visi dan Matlamat KUWANIS.
Pengerusi KUWANIS Mohamad Redzuan Alim berkata, aktiviti Pertanian (Sawit dan Hasil Pertanian yang lain) serta Aktiviti Perkhidmatan (Jualan Makanan, Minuman dan Hasil Pertanian) turut menjadi topik sampingan yang turut dibincangkan.
Menurut Mohamad Redzuan, setakat tahun November 2021 KUWANIS telah mempunyai anggota seramai 250 orang seluruh Sabah.
Katanya, KUWANIS kini dalam usaha merancang aktiviti pelancongan serta mempersiapkan tapak-tapak untuk beberapa aktiviti perniagaan di peringkat bahagian.
“Usahasama dalam Aktiviti Pelancongan, pihak TEKUN Sabah dan beberapa agensi yang lain telah menjadi faktor pemangkin penambahan keanggotaan KUWANIS bagi tahun 2022” katanya.
Katanya lagi, melalui TEKUN Sabah, KUWANIS telah berjaya memperkenalkan beberapa anggota dalam menjadi Usahawan TEKUN.
Dalam hal ini katanya, KUWANIS berharap agar usahasama bersama pihak TEKUN Sabah ini akan berkekalan demi membantu usahawan golongan kecil dan sederhana.
“Pada tahun ini (2022) KUWANIS akan berusaha untuk memberi fokus kepada usahasama aktiviti pelancong serta aktiviti pertanian dengan mewujudkan beberapa tapak yang lebih menarik dan berpotensi untuk aktiviti pelancongan di beberapa bahagian seluruh Sabah serta memperkasakan aktiviti pengumpulan hasil pertanian untuk pasaran dalam sertanluar negeri dan negara” jelasnya.
Dalam sektor penghasilan produk tempatan pula, katanya, KUWANIS akan berusaha untuk mengetengahkan beberapa hasil produk milik anggota untuk diberikan pengikhtirafan serta persijilan berkaitan bagi memastikan produk-produk ini mendapat tempat dalam pasaran luar serta dalam negeri dan negara.