30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tahun Arnab punyai keistimewaan dan kebaikan tersediri

TAHUN ARNAB…Antara arnab di RRF menunggu pengunjug setiap hari.

RANAU: Tahun Arnab yang punyai keistimewaan dan kebaikan tersediri kepada kaum Tionghua terus disambut dan dirayakan  bersama  saudara-mara serta sahabat handai mereka tanpa mengira perbezaan dari segi kaum, agama dan idologi politik.

Tahun Arnab yang melambangkan keharmonian dan persaudaraan turut diraikan di beberapa pusat pelancongan di Ranau terutama Taman Arnab seperti yang dilakukan pemilik Ranau Rabbit Farm (RRF) dekat Kg.Kigiok, terletak kira-kira 7 kilometer dari pekan Ranau.

Yang menarik di RRF itu, ialah ratusan arnab dipasang kalung dan reben merah dileher melambangkan tahun ini adalah ‘Tahun Arnab’ turut menarik perhatian ratusan pengunjung dari dalam dan luar negeri termasuk Sarawak, Brunei, Singapura dan Semenanjung.

Dengan mengenakan yuran masuk hanya RM5.00 (seorang) ratusan pengunjung tidak mahu ketinggalan untuk berinteraksi dengan kejinakan arnab yang  mesra  pelancong dan boleh memberikan arnab makan  makanan khas ditapak tangan.

Tinjauan penulis ke RRF pada Ahad, menyaksikan ratusan  kehadiran  pengunjung memanfaatkan cuti CNY bukan sahaja untuk melawat RRF tetapi juga mencuba keberanian tersendiri untuk mengikiti Mount Kinabalu Sku Bike teletak berhampiran, dengan bayaran hanya RM90 seorang dengan jarak laluan kita-kira 500 meter (pergi-balik) dengan ketinggian 450 meter dari aras tanah.

Pemilik RRF dan Mont Kinabalu Sky Bike, Wong Ka Siong ketika ditemui, memberitahu sejak pembukaan Sky Bike pada tahun 2020  kini  mencecah 5,761 orang dan semuanya dalam keadaan selamat.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu risau dengan peralatan Sky Bike itu kerana telah lulus dari segi piawaian keselamatan antarabangsa, sebelum mula beroperasi

“Sehingga hari ini Sky Bike dibuka kepada mereka yang berani mengikuti aktiviti lasak dengan syarat tertentu yang dikenakan oleh para petugas terlatih mengendalikanya”, tambah Wong.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN