26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tahap keselamatan sekitar kawasan pelancongan tanah tinggi Kundasang terjamin: DSP Simiun

TINJAU… DSP Simiun (depan) bersama pegawai -pegawai kanan polis IPD Ranau, ketika meninjau tamu di Pekan Kundasang, pada Jumaat

RANAU: Pihak polis daerah ini memberi jaminan tahap keselamatan di sekitar kawasan pelancongan tanah tinggi Kundasang sentiasa terjamin untuk para pelancong dari dalam dan luar negara.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, pihaknya akan sentiasa mempastikan kawasan pelancongan di tanah tinggi Kundasang selamat dan memberikan keselesaan kepada setiap pelancong serta masyarakat setempat.

“Rondaan keselamatan serta program mendekati masyarakat untuk mempastikan kehadiran pihak polis khasnya di kawasan tumpuan utama pelancong akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi mengekalkan keselamatan semua pihak”. Katanya ketika ditemui dalam Program Kepolisan Komuniti di sekitar Tamu Minggu Pekan Kundasang pada Jumaat.

Dalam program itu, Simiun bersama-sama Pegawai Kanan serta anggotanya turut mengedarkan risalah mencegah jenayah kepada pengunjung serta peniaga tamu selain beramah mesra dengan mereka.

DSP Simiun (kanan)

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar bangunan Balai Polis Kundasang yang dilengkapi dengan fasiliti dapat dibina dalam waktu terdekat bagi menggantikan bangunan balai polis sementara yang ada ketika ini.

Tegasnya, pembinaan tapak sementara Balai Polis Kundasang telahpun dipersetujui oleh pihak Majlis Daerah Ranau (MDR) dan turut mendapat kelulusan tapak untuk memindahkan kabin balai polis tersebut.

Turut hadir dalam program tersebut termasuklah ASP Jailix Amindang, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Ranau, ASP Helvin Ribus, Ketua Cawangan Khas Daerah Ranau, Inspektor Rony Ray, Ketua Bahagian Logistik Daerah Ranau, skuad Amanita dan pegawai-pegawai Kanan serta anggota dari IPD Ranau dan Balai Polis Kundasang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN