27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tagal Sungai Marakau muncul Tagal terbaik di Sabah

Antara penerima sumbangan disampaikan Hamdan (kanan) diperhatikan Muhasip (kanan selali), Ramlie (dua kanan) bersama yang lain.

RANAU: Bombon atau Tagal Marakau di sini muncul yang terbaik antara 628 tagal di Sabah dan 126 tagal di daerah Ranau bagi tahun 2024.

Pegawai Perikanan daerah Ranau, ,Ramlie Raiman mendedahkan prestasi terbaik Bombon Marakau itu ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Komuniti Marakau anjuran Persatuan Tagal sungai Mansahaban Marakau, baru-baru ini.

Ramlie memuji persatuan ini kerana berjaya menganjurkan majlis itu sebagai satu dorongan, motivasi galakan kepada penduduk agar sentiasa memastikan kelistarian sungai sebagai khazana abadi.

Menurutnya, kejayaan persatuan menyumbangkan RM30 ribu, 240 kampit beras, peralatan paip graviti, sumbangan wang tunai kepada 10 pengusaha bengkel kereta dan bengkel parang serta wang tunai kepada 31 orang pelajar Univesiti dari Kg.Marakau, sumbangan kepada rumah ibadat seperti Gereja dan Surau satu yang membanggakan semua pihak.

“Teruskan kerjasama dan usaha terbaik ini sebagai sokongan, dorongan serta sentiasa bersatu-padu menjadikan Tagal Mansahaban agar lebih produktif dikenali seluruh dunia sekaligus menggamit lebih ramai pelancong diperingkat antarabangsa”, tambah Ramlie.

Turu berucap ialah Pengerusi Tagal Marakau, Hamdan Bin Jaini sementara hadir sama ialah, Ketua Daerah Ranau, OKK Muhasip Haji Ruman dan Pegawai MAN Ranau, Kapilin Haji Surop bersama ratusan penduduk setempat.

    
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN