27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TAFAQQUH FIDDIN: JALINAN KERJASAMA JPWPL DENGAN KUPU BRUNEI

BINGKISAN ILMU…. Dr Haji Adanan Kolej Universiti Perguruan Ugama (KUPU) Bandar Seri Bagawan Brunei Darussalam.


LABUAN: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) menjalinkan kerjasama secara talian dengan Kolej Universiti Perguruan Ugama (KUPU) Bandar Seri Bagawan melalui Program Tafaqquh Fiddin yang diadakan beau-baru ini.


Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Khaziyati Osman, program Tafaqquh Fiddin merupakan Program Bina Upaya Warga Pendidikan khususnya Guru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan program ini dilaksanakan untuk memastikan wujud kesatuan pemikiran dalam kalangan warga pendidikan dan masyarakat.


“Melalui Program Bina Upaya ini adalah diharapkan warga pendidikan dapat menerima dengan jelas hala tuju dan citra negara terutamanya peranan mereka sebagai pendakwah agar menepati 5 ciri Pendidik Muslim iaitu sebagai Muallim, Mudarris, Murabbi, Muaddib dan Mursyid.

ALIN KERJAZAMA…. Khaziyati Osman secara maya dalam Program Tafaqquh Fiddin.


Sementara itu katanya, Program Tafaqquh Fiddin kali ini dilaksanakan secara kerjasama antara JPWPL dengan KUPU bagi meraikan hubungan strategik pendidikan antara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kolej Universiti Perguruan Ugama (KUPU) Seri Begawan,Negara Brunei Darussalam sepertimana Perjanjian Persefahaman yang telah dimeterai pada 15 Januari 2019.


Katanya, program secara maya menggunakan aplikasi google meet ini telah dihadiri Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Pengetua dan Guru Besar, pegawai-pegawai di JPWPL, guru-guru Pendidikan Islam dan warga pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan. Siaran langsung program ini turut dimuat naik dalam Facebook Live dan You Tube Live.


Hadir sama dalam majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra’es, Kolej Universiti Perguruan Ugama (KUPU), Seri Begawan selaku penyampai slot bingkisan ilmu dan Yang Mulia Barisan Pensyarah Pusat Ilmu Teras, KUPU.


Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dalam bingkisan ilmunya memberi pelbagai tips sebagai hamba dalam mencari redha Allah s.w.t..


“Untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat perlulah mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Allah redha kita, semua yang ada di dunia dan di langit akan redha kepada kita.

Justeru, perkara asas dalam kehidupan ialah kembali kepada sunnah. Siapa yang mengamalkan sunnah pasti mendapat kerahmatan daripada Allah s.w.t.”.


Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar turut menyenaraikan empat ciri utama yang perlu ada dalam diri pendidik iaitu Hayyin, pendidik yang memilik sikap tenang tidak mudah marah dan penuh pertimbangan sebelum mengambil keputusan. Layyin, pendidik yang baik dalam bertutur kata serta bersikap santun dan lembut terhadap orang lain. Qarib, pendidik yang ramah ketika berbicara, akrab, menyenangkan orang lain dan yang terakhir Sahl iaitu pendidik yang selalu memudahkan urusan orang lain.


Dalam pada itu Khaziyati melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian Yang Mulia Dr. Haji Adanan memenuhi undangan dalam Program Tafaqquh Fiddin.


“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana jalinan kerjasama pendidikan di antara JPWPL dengan KUPU masih lagi terjalin biarpun dalam situasi Covid-19. Kita berdoa semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan dan majlis seperti ini dapat dilaksanakan sama ada seminggu sekali ataupun sebulan sekali untuk kita berkongsi ilmu”.

“Kita di Malaysia sekarang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 13 November.

Alhamdulillah, meskipun semua sekolah ditutup namun anak-anak kita masih lagi meneruskan pembelajaran melalui Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) sehingga 18 Disember 2020. Pengenalan kepada norma baharu yang terarah kepada pengajaran berpusatkan pelajar (student based-learning) tidak menghadkan peranan guru untuk berbakti.” katanya lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN