26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TADAHAN AIR DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DEWAN KG.LAGKAU MENDAPAT PERHATIAN MP RANAU

Saifuddin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Junathan.

RANAU: Penduduk Kg.Lagkau di sini, diberi peruntukan berjumlah RM35 ribu untuk pembaikan tapak tadahan bekalan air graviti kampung berkenaan memandangkan tapak tadahan sedia ada tidak lagi stabil struktur tanahnya terdapat rekahan dan bila-bila masa akan runtuh.

Pendawaian bekalan elektrik ke mini dewan Kg.Lagkau juga diluluskan mengikut senarai kuantiti (BQ yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Ranau. Dewan kampung itu telah siap sepenuhnya 10 tahun yang lalu namun belum ada bekalan elektrik.

Itu antara lain intisari ucapan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin ketika menghadiri Majlis Santai bersama lebih 60 orang penduduk di Kg.Lagkau, baru-baru ini.

Dalam aspek lain, Datuk Jonathan turut menyeru penduduk di kampung itu agar mengusahakan kawasan tanah terbiar dengan tanaman buah-buahan atau sayuran tanah tinggi memandangkan kawasannya punyai potensi (subur) untuk aktiviti bidang petanian yang pastinya memberi pendapatan lumayan jika disusahakan secara bersungguh-sungguh.

“Saya juga menyarankan penduduk di sini yang majoritinya pengusaha pertanian dan penanaman padi bukit, supaya membentuk Jawatankuasa Persatuan Pengusaha Pertanian dan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi memudahkan agensi tertentu atau pihak kerajaan menyalurkan sumbangan atau bantuan yang perlu”, jelas Datuk Jonathan.

Turut berucap mewakili penduduk ialah, Pengerusi JPKK Kg.Lagkau, Saifuddin Bin Supin.

Hadir sama ialah, Hussen Bin Haji Jirat, Setiausaha Sulit (Kanan) Datuk Jonathan bersama rombongan daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN