28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TABIKA Kemas Tungou, tidak ketinggalan anjur Hari Kebangsaan

Antara ibubapa bersama anaka-kanak dan guru Tabika Kg.Tungou Ranau yang menyertai Perarakan Merdeka

RANAU: Meskipun Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA)Kemas Kg.Tungou di sini terletak di pedalaman, namun telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Kebangsaan penuh meriah dengan pelbagai acara hasil kerjasama antara guru Tabika berkenaan dengan para ibu bapa.

Sambutan itu yang bermula seawal jam 8.00 pagi melibatkan 11 orang kanak-kanak bersama 25 orang ibubapa mengadakan Perarakan Merdeka sejauh kira-kira setengah kilometer sambil menyanyikan  lagu-lagu Patriotik merdeka bermula dari sekolah Tabika menuju ke Dewan Marandawi Kg.Tungou.

Antara acara lain ialah, Sukaneka, Mewarna Gambar, Pancing Botol,Boling Padang, Isi Air Dalam Botol dan Kupas Telur Dan Makan sementara acara untuk ibubapa pula termasuk Kutip Kacang guna Chopstick dan Teka Simpulan Bahasa.

Sebahagian Aktiviti Merdeka Tabika Kg.Tungou Ranau.

Semasa di Dewan pula telah diserikan dengan lagu-lagu Patriotik Merdeka dan lagu rasmi  Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu ‘Tabika Kita’.

Majlis tersebut telah dirasmikan Pemaju Mukim Randagung, Adlyzam Bin Jasrin yang juga ada anak belajar Tabika tersebut.

Guru Tabika Kg.Tungou, Wardah Hanim Binti Painin@Kesudi dengan pemantunya, Manisah Binti Alif ketika ditemui memberitahu, acara tahunan itu merupakan sebahagian program dirancang untuk menanam semangat patriotik dan sikap cintakan negara sendiri dikalangan kanak-kanak sejak diusia muda dan mengenang jasa serta pengorbanan para pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ditangan kuasa asing.

“Suasana sambutan Kemerdekaan juga mampu memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan serta persaudaraan dikalangan ibubapa dengan masyarakat setempat tanpa mengira agama, budaya dan idologi politik mereka”, jelas Wardah.

Majlis bertemakan ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’ itu berakhir dengan sambutan Hari Jadi kanak-kanak yang lahir pada bulan Mac-September diikuti jamuan makan tengahgari.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN