28 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SYUKURI JASA PEJUANG TANAH AIR TERDAHULU: DATUK ABIDIN

Datuk Abidin (tengah) turut menyampaikan enjin bot kepada wakil penduduk

RANAU: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N38 Paginatan, YB Datuk Abidin Madingkir menyeru masyarakat di negeri ini mensyukuri jasa para pemimpin terdahulu yang berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Gesaan ini dibuat ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Nunuk Ragang baru-baru ini.

Katanya, tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ialah mereka yang berjuang membebaskan bangsa dan negara daripada kuasa penjajah seperti British di Tanah Melayu dan Sabah.

Peranan dan jasa pemimpin terdahulu dalam mempertahankan tanah air dan membebaskan negara daripada belenggu penjajahan tidak dapat dinafikan lagi namun pada masa kini ianya semakin dipandang sepi disebabkan kesibukan kehidupan dengan arus pembangunan dan kemodenan serta kecanggihan sains dan teknologi.

“Pada masa kini, penjajah luar sudah tidak wujud lagi. Negara telah bebas dan kita bersyukur mempunyai kerajaan sendiri. Sempena bulan kebangsaan dan Hari Sabah yang disambut pada 31 Ogos ini, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama marilah kita bersama-sama menunjukkan semangat patriotisma dengan menjaga, memelihara perpaduan dan keharmonian kaum agar negara dan bangsa Malaysia manjadi makmur,” jelas Datuk Abidin.

“Hindari sikap memburuk-burukkan pemimpin kerana ia hanya akan memecahbelahkan perpaduan sedia ada dan sentiasa berhati-hati serta meneliti kesahihan sebarang maklumat yang diviralkan di media sosial seperti whatsapp, facebook, telegram, instagram youtube dan sebagainya. Kebanyakkan maklumat lebih cenderung menjatuhkan rakan dan pemimpin. Tiada erti sebuah kemerdekaan jika kita terus bertelagah sesama sendiri. Sikap dan tabiat sedemikian bukan sahaja wujud di kalangan pemimpin politik, kerajaan dan swasta bahkan di peringkat yang lebih rendah iaitu kampung dan institusi keluarga itu sendiri,” tegas Datuk Abidin.

“Kita juga perlu menghayati dan mengamalkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diilhamkan oleh Perdana, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Manakala antara pengayaan nilai di bawah tiga teras itu ialah Menyemai budaya integriti dalam keluarga, Menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, Menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan Menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga,” ujar Datuk Abidin.

Dalam majlis itu Datuk Abidin turut menyampaikan sumbangan sebuah enjin bot untuk kemudahan penduduk kampung menyeberang sungai bagi mengangkut hasil-hasil pertanian.

Hadir sama ialah Japili Sigal (CDO N38 Paginatan), KAN Dualis Porodtong , KAN Sawalin Zakaria, KAN Kapilin, Juis Konsuling (Setiausaha Bahagian STAR N38 Paginatan), Yasiri Bijin (Pemaju Mukim Paus Paginatan) dan Helary Salmon (Pemaju Mukim Nalapak) 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN