ADVERTISEMENTspot_img

SYARIKAT SWASTA DI NEGERI INI DIAJAK MENYALURKAN BANTUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

MESRA..Mohd Naghuib (Kiri) berbual mesra bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan(tengah )sambil diperhatikan CEO Suria Jaya Holding Sdn Bhd Nasir Rupa(Kanan)

KOTA KINABALU: Pengusaha syarikat swasta di negeri ini diharapkan tampil bersama-sama dalam menyalurkan bantuan kelengkapan kepada petugas barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik korona wabak Covid-19.

Seorang penguasaha tempatan yang juga merupakan pengurus syarikat SNL Usaha Enterprise Mohd Naghuib Naming berkata, usaha ini sudah tentu dapat membantu petugas barisan hadapan melengkapkan keperluan peralatan mereka seperti pelitup hidung ,peralatan perlindungan Peribadi (PPE), Hand Sanitezer dan keperluan barang makanan.

” Sumbangan seperti ini bukan sahaja turut membantu melengkapkan keperluan kelengkapan kepada petugas barisan hadapan namun ianya sedikit sebanyak dapat memberikan dorongan mitovasi serta penghargaan kepada mereka yang bertugas dalam pelbagai cabaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan peralatan berupa pelitup hidung , Sanitezer dan air Mineral kepada pasukan Polis di ibu pejabat Polis Kepayan baru-baru ini.

Turut serta menghulurkan sumbangan syrikat Suria Jaya Holding dan KM Trading yang diterima oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datu Hazani Ghazali dimana majlis tersebut disempurnakan perasmianya oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Menurut Mohd Naghuib sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial syarikat kepada para petugas barisan hadapan yang mengorbankan masa dan tenaga di samping berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas bukan sahaja semasa wabak Covid-19 melanda negara namun dalam keadaan negeri ini yang berhadapan dengan keadaan cuaca tidak menantu hujan dan banjir.

” Kita faham dan menghargai segala jasa yang mereka berikan kepada masyarakat adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan sedikit sumbangan yang diberikan” jelas beliau.

Malah menurut beliau sumbangan seperti itu juga akan merapatkan hubungan silatulrahim antara pasukan keselamatan (Polis) bersama masyarakat disamping mempupuk semangat kerjasama bukan sahaja dalam menangani wabak Covid-19 tapi dalam menangani kes-kes jenayah seperti penyalahan dadah, ragut, pecah rumah dan sebagainya.

Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Persuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN