30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Syarikat konsesi diberi amaran tegas, laksanakan kerja-kerja dengan cekap dan bertanggungjawab

Gambar : Robert (kedua kanan) kecewa melihat hasil kerja pihak konsesi yang menampal lubang-lubang di jalanan yang tidak cekap dan berkualiti.

RANAU: Syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab untuk membuat penyelenggaraan jalan raya utama di negeri ini diberikan amaran tegas agar melaksanakan kerja-kerja dengan cekap.

Pembantu Menteri Kerja Raya II Negeri Sabah, Datuk Robert Tawik @ Nordin menyatakan perkara itu berkata, semua syarikat konsesi perlu lebih bertanggungjawab kerana mereka telahpun bersetuju dengan semua terma dan syarat yang diberikan untuk melaksanakan tugas dengan berkesan.

Katanya, kerajaan telahpun membelanjakan sejumlah wang dan memberikan peluang kepada beberapa syarikat konsesi untuk mempastikan kualiti dan keselamatan jalan raya terus terjamin.

“Syarikat-syarikat konsesi yang diamanahkan perlu lebih peka dan bertanggungjawab menjaga kualiti dan segera memperbaiki kerosakan yang terdapat pada permukaan jalan yang rosak. Tidak perlu tunggu sehingga menyusahkan pengguna”. Tegasnya ketika membuat lawatan ke beberapa lokasi kerosakan jalan disini pada Selasa.

Robert yang juga Adun Bingkor berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia bergerak keseluruh kawasan dibawah kendalian Jabatan Kerja Raya yang berisiko berlaku bencana seperti tanah runtuh atau kerosakan-kerosakan infratsruktur besar yang boleh menjejaskan pengguna.

Robert membuat tinjauan runtuhan tanah di jalan Kompleks Sukan Daerah Ranau.

Jelasnya, semua Pejabat JKR telah menempatkan kakitangan teknikal di bilik gerakan khas untuk menerima dan melaporkan segala kerosakan sebelum membuat tindakan susulan khasnya ketika musim monsun timur yang melanda seluruh negeri Sabah.

“Kerosakan-kerosakan seperti jalan raya runtuh akan segera dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas dan tindakan segera memperbaikinya akan diambil sama ada menerusi syarikat konsesi mahupun menggunakan jentera pihak kami sendiri”. Katanya.

Dalam lawatan itu, Robert telah meninjau dua lokasi iaitu tanah runtuh di laluan naik ke Kompleks Sukan Daerah Ranau yang menempatkan Pusat Kuarantin Pesakit Covid-19 dan kerosakan jalan utama berhadapan Pasaraya Sabindo.

Beliau meminta agar syarikat konsesi yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan kesan runtuhan segera menyiapkan kerosakan bagi memudahkan pengguna.

Manakala bagi kawasan jalan utama berhadapan Pasaraya Sabindo, beliau meminta agar pembaikan diperhalusi semula agar turapan dipermukaan jalan lebih kemas dan selamat kepada pengguna.

Turut serta dalam lawatan itu adalah Jumik Kangsang, Pembantu Jurutera Jabatan Kerja Raya Ranau, Asp Helvin Ribus, Wakil Ketua Polis Daerah Ranau dan Rayner Atin, Juruteknik Kanan Majlis Daerah Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN