31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SYARIKAT HPO UCAP TAHNIAH KEPADA KELAB BELIA LOHAN 1

Razipin (berbaju biru) bersama rombongan belia Kampung Lohan 1

RANAU: Pengarah Syarikat Hasil Pertanian Organik (HPO) merakamkan ucapan tahniah kepada rombongan Kelab Belia dari Kampung Lohan 1 kerana telah melakukan lawatan sambil belajar ke tempat tersebut baru-baru ini.

 “Kita ucapkan tahniah kepada Kelab Belia Kampung Lohan 1 kerana dapat mengatur lawatan seumpama ini dan program tersebut adalah yang pertama daripada belia dalam daerah ini. Sebelum ini yang pernah mengadakan lawatan sambil belajar adalah belia daripada daerah Telupid,” ujar Razipin Gutuk pengarah syarikat berkenaan.

“Lawatan ini boleh menjadi contoh dan penggerak belia yang masih kurang memahami pertanian sebagai suatu yang boleh dijadikan perniagaan yang lebih luas. Belia juga haruslah berani menceburi terutama di dalam pertanian kerena bidang pertanian sangatlah luas dan pelbagai bidang yang boleh diusahakan,” katanya.

“Antara perkara yang boleh dilakukan bagi memanfaatkan masa yang terluang, golongan belia boleh mengambil peluang melakukan aktiviti perkebunan di sekitar rumah atau di kawasan perumahan. Mudah-mudahan dengan terisinya kelompongan dan kekosongan itu, mampu memberikan pulangan lumayan sekiranya ia dilakukan secara serius terutamanya dengan mulakan tanah terbiar yang ada,” jelasnya kepada media.

Syarikat Hasil Pertanian Organik (HPO) yang berpusat di Kampung Marakau Ranau merupakan sebuah Kilang Memproses Baja Organik berasaskan cacing, kumbang dan cecair organik. HPO memberikan perkhidmatan dan tumpuan kepada bahan-bahan buangan di sekeliling yang boleh diproses semula dan dijadikan bahan organik iaitu kompos.

Sementara kandungan kompos ini telah dianalisa dengan kerjasama dari Universiti Putra Malaysia sebelum ini dan telah dibuktikan mempunyai kadar micro dan macronutrien yang tinggi. Kompos HPO mampu meningkatkan hasil tanaman sebanyak 30-50% melalui peningkatan pertumbuhan dan kualiti tanaman. Penggunaan kompos juga mampu mengurangkan masalah eutrofikasi dan mempercepatkan pemulihan kualiti tanah.

Dalam lawatan itu, para belia telah diberikan taklimat tentang kepentingan pertanian, cara-cara memproses bahan-bahan buangan di sekeliling untuk dijadikan bahan organik iaitu kompos dan lawatan ke pusat pembungkusan baja kompos untuk dipasarkan.

Rombongan Kelab Belia Lohan (PERMAI) dengan kerjasama Gabungan Belia Ranau dan Institut Kerjasama Kerajaan & Rakyat (IKRAR) yang diketuai oleh Muhd Sharil Sariman tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan mencetuskan idea baharu kepada peserta tentang industri keusahawanan yang ingin diceburi kelak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN