30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Syarikat ASB Sdn. Bhd. terus laksana program bermanfaat kepada komuniti-Suhaili

Suhaili menyampaikan duit raya kepada sebahagian asnaf yang hadir pada program tersebut.

LABUAN: Syarikat ASB Sdn. Bhd. akan terus melaksanakan program program yang memberikan manfaat kepada komuniti di pulau ini.

Pengerusi ASB Sdn.Bhd. Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman berkata, ASB yang sudah bertapak lebih 40 tahun di Labuan bukan sahaja menyediakan peluang kerjaya kepada warga Labuan, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi Labuan serta bertekad untuk aktif memperbaiki taraf hidup masyarakat.

“ASB bukan saja beroperasi sebagai logistik hub bagi industri minyak dan gas, tetapi kami juga bertekad untuk membantu memperbaiki taraf hidup masyarakat menerusi Program Tanggung Jawab Sosial yang menjadi salah satu elemen terpenting dalam operasi kami”, katanya ketika berucap pada majlis Iftar ASB di sini, pada Selasa.

Suhaili yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata, ASB telah berjaya mendapatkan projek baharu bagi kerja kerja ‘Topside Management’ daripada beberapa syarikat minyak dan gas pada awal November lalu.

“Dengan penganugerahan kontrak baharu ini ASB akan lebih maju dan cemerlang untuk tahun tahun mendatang” katanya.

Pada majlis itu seramai 130 asnaf dan anak yatim turut diraikan berbuka puasa serta menerima sumbangan l duit raya dan hamper berupa barangan keperluan asas.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd. Datuk Japar Estaban, Ketua Ketua Kampung dan kakitangan ASB.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN