Anggota Bomba berjaya memadamkan bot yang terbakar
LABUAN:Tiga penumpang termasuk dua kanak kanak mengalami kecederaan melecur dalam kejadian sebuah bot penumpang dari Menumbok yang terbakar ketika dalam perjalanan ke Labuan, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Mohd Hamizi Halim berkata, tiga penumpang yang cedera itu melibatkan seorang lelaki berumur 29 tahun merupakan kru bot berkenaan, manakala dua lagi merupakan kanak kanak lelaki dan perempuan masing masing berumur satu tahun dan dua tahun.
“Ketiga tiga mangsa telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar di hospital Labuan”, katanya dalam satu kenyataan di sini, petang kelamin (Khamis).
Beliau berkata siasatan awal mendapati bot penumpang yang membawa 36 penumpang bersama tiga kru berlepas dari Menumbok menuju Labuan pada jam 2.45 petang.
Jelas Mohd Hamizi, kebakaran dipercayai berpunca di bahagian enjin sebelum merebak ke bahagian lain bot berkenaan.
” Kesemua penumpang termasuk kru berjaya menyelamatkan diri selepas bot berkenaan menghampiri pesisir pantai Tanjung Purun berampiran Pantai Mawila”, katanya.
Sementara itu pihak Jabatan Bomba dan Penyamat (JBPM) Labuan telah berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada jam 4.15 petang.



