SUSI yang dinobat Puteri Berlian bersama Mimi (Puteri Emas), Intan (Puteri Mutiara bersama Bashir (kanan sekali) dan Rithuan.
LABUAN: Susi Ramilyana Maideen, 29 dinobat Puteri Berlian (johan) Pertandingan Busana Tradisional dan Etnik Keluarga Malaysia 2022 kategori wanita yang diadakan di Hotel Palm Beach & SPA Manikar Resort di sini pada Ahad.
Susi yang bertugas di Jabatan kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan memperagakan pakaian suku kaum iban menewaskan enam peserta lain pada peringkat akhir pertandingan itu dan sekaligus membawa pulang s wang tunai RM1,500 dan piala iringan.
Naib johan yang membawa gelaran Puteri Emas, dimenangi Mimi Hisreyane Afika Matussin yang memperagakan pakaian suku Dusul Tidal untuk menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan sebuah piala.
Manakala tempat ketiga (Puteri Mutiara) dimenangi oleh Intan Nursyika dengan memperagakan pakaian Jongsarat dari suku kaum Brunai menerima hadiah wang tunai RM800 dan piala iringan.
Bagi kategori lelaki, johan (Putera Berlian) dimenangi oleh Arbal Indanan yang memperagakan pakaian Jongsarat dari Suku Kaum Brunei untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan sebuah piala iringan dan sijil.
Naib johan (Putera Emas) dimenangi oleh oleh Sehman Roslee yang memperagakan pakaian songket Melayu menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan piala iringan
Tempat ketiga (Putera Mutiara) dimenangi oleh Ejibir Nasir yang memperagakan pakaian tradisional suku kaum Suluk untuk menerima hadiah wang tunai RM800.00
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.
Pertandingan yang julung kalinya diadakan itu dianjurkan oleh Persatuan Anak Seni Wilayah Persekutuan Labuan (ASWILA) dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Labuan.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail bersama isteri, Mirani Majidi, Pengasas Desa Tunas Hijau, Datin Seri Norsiah Abdullah, Penaung ASWILA, Rahman Jaafar dan Presiden ASWILA, Mimie Naziera.