ISMAIL (kiri) bersama penduduk kampung yang melaksanakan penyembelian ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha.
LABUAN: Surau Khalid Al Walid, Kampung Batu Manikar pada tahun ini melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih dua ekor lembu dan tiga ekor kambing sempena Hari Raya Aidiladha.
Menurut Pengerusi Surau Khalid Al Walid, Ismail Samad, program tahunan itu dilaksanakan secara gotong royong yang membabitkan penduduk kampung pelbagai peringkat dengan ahli jawatankuasa surau.
Ismail berkata, dua ekor lembu merupakan sumbangan 14 ahli kariah kampung yang berkongsi kutipan untuk membeli dua ekor lembu untuk ibadah korban, manakala tiga ekor kambing juga merupakan sumbangan daripada tiga individu untuk tujuan yang sama.
“ Pada tahun ini Surau Khalid Al Walid menerusi kariah di kampung ini telah berjaya membeli dua ekor lembu secara perkongsian yang diusahakan oleh 14 kariah dan tiga ekor kambing korban oleh tiga individu yang telah memasang niat untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini” katanya ketika ditemui pada Program Penyembelihan Lembu Korban di sini, pagi Khamis.
Sementara itu Imam Surau Khalid Al Walid, Ustaz Mohd Najjah Haji Elias yang mengetuai program penyembelihan korban menzahir rasa syukur kerana pelaksanaan ibadah korban mendapat sokongan dan kerjasama daripada penduduk kampung.
“Insyallah tujuan kita melaksanakan korban sempena Aidil Adha ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan masyarakat Islam khususnya dikampung Batu Manikar.
“Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberi impak dan kesan kepada umat Islam khususnya di Kampung Batu Manikar agar menjadikan ibadah korban sebagai tanggungjawab seperti yang dituntut oleh syariat Islam.
Sementara katanya, daging daging korbang tersebut akan diagih-agihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin yang terdapat di kampung Batu Manikar dan sekitarnya.