24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Super60′ Sabah United terima sumbangan ADUN Bingkor

Olivia mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Ree Rahim.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memberi sumbangan kewangan kewangan kepada Super60′ Sabah United.

Sumbangan tersebut adalah untuk program Karnival Bola Sepak Super @60 Tahun ke atas Terus Sabah Edisi Pertama 2023 anjuran Super60′ Sabah United FC.

Sumbangan Pembantu Menteri Kerja Raya itu disampaikan oleh Olivia Justin mewakili Robert kepada Ree Rahim Bin Salamat @ Ahmad yang mewakili Super60′ Sabah United FC.

Turut menerima sumbangan kewangan daripada Robert adalah Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Keningau.

Sumbangan disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor Sonjah Bin Junaidi mewakili Robert kepada Pengerusi Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Keningau Puan Lena Boli

Sumbangan itu sebagai sokongan sempena pembukaan dan perasmian gerai bunga taman floristika Keningau serta sokongan kepada persatuan bagi penganjuran bengkel usahawan yang akan diadakan pada 20 – 21 Januari ini.

Lena berkata, sumbangan ikhlas daripada ADUN Bingkor itu bermanfaat dan dapat membantu kelancaran program yang telah dirancangkan.

“Selaku pengerusi Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Keningau saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Robert Tawik atas keprihatinan beliau” ujar Lena.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN