27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sumbangan NGO kepada Hospital Ranau dialu-alukan- Dr.Andi

BERUCAP……..Dr. Andi mewakili Hospital Ranau.

RANAU: Sumbangan daripada Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) kepada hospital amat dialu-alukan bagi memberi kemudahan kepada para pesakit dan pihak hospital terbabit”, jelas Pengarah Hospital Ranau, Dr. Andi Mohd.

Shamsureezal Bin Haji Mohd. Sainal.
Menurutnya, sumbangan individu atau persatuan khususnya dalam bentuk bukan jenis ubat amat diharapkan bagi memberi kelengkapan sama ada di Pejabat mahupun di wad untuk kemudahan pentadbiran.

HADIR…..ABIDIN (ketiga kiri) bersama yang lain

“Kita mengalu-alukan sumbangan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, yang menghulurkan sumbangan berupa peralatan bukan ubat bernilai kira-kira RM26 ribu kepada hospital daerah ini”, jelas Dr.Andi ketika mewakili hospital menerima sumbangan tersebut yang disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Paginatan merangkap Penasihat Undang-Undang Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Datuk Abidin Madingkir mewakili Persatuan itu dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Mesyuarat Hospital Ranau baru-baru ini.

Hadir bersama lebih 20 orang Ahli Persatuan ialah Presiden Persatuan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Paginatan, Mohd. Hisyamuddin Bin Harun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN