27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sumbangan NGO dan syarikat korporat membantu golongan terkesan Pandemik COVID-19 amat dihargai.

TERIMA KASIH ….Jahid (tengah) menyaksikan penyampaian Creamos Bun oleh wakil KTC Consolidated Berhad, Sifera Kodoh (tiga kanan) kepada Pengerusi JPKK Kampung Tenghilan, Francis Solimun (tiga kiri).

TAMPARULI: Sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat dalam membantu golongan terkesan Pandemik COVID-19 amat dihargai.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, kerajaan menghargai peranan pihak NGO dan badan korporat yang selama ini turut sama menghulurkan sumbangan bagi mengurangkan beban rakyat yang menerima kesan akibat Pandemik COVID-19.

“Kita amat berterima kasih kepada mana-mana pihak yang tampil bukan sahaja membantu barisan hadapan kita, tetapi juga rakyat yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan masjlis penyerahan bantuan 2,000 bun oleh syarikat yang mengadakan kerjasama pintar dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Kim Teck Cheong Consolidated Berhad di Dewan Muhibbah Kampung Tenghilan, dekat sini hari ini.

Turut hadir Penyelia Kemajuan Masyarakat Tamparuli, Boe Sindolun, Sifera Kodoh dari Better Bets Projects mewakili KTC Consolidated Berhad, Setiausaha JPKK, Elod Rubin, dan Ahli Jawatankuasa (AJK) JPKK, William Johnny, dan Percy Johnny.

Katanya, seperti mana NGO dan syarikat lain, Kim Teck Cheong Consolidated Berhad telah banyak membantu rakyat terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar yang menerima kesan mencabar dari segi ekonomi sejak Perintah Kawalan Pergerakan pertama sehinggalah ke hari ini.

Jahid, yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, memberitahu, selain kampung tersebut, beberapa kampung dan golongan sasar lain juga telah menerima bantuan seumpama itu sebelum ini.

Tambah beliau, KTC dengan kerjasama kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tenghilan pada hari ini seperti mana dimaklumkan pemimpin kampung tersebut, menyasarkan seramai 366 penduduk kampung yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 terutamanya yang dikuarantin kerana faktor ahli keluarga positif, ada kontak rapat dan sebagainya.

Sebelum itu, katanya, beberapa keluarga di Kampung Molisau juga menerima sumbangan bantuan sama daripada syarikat tersebut.

“Kita akan teruskan dengan usaha-usaha sebegini selagi ada yang terkesan, kita akan bantu mana yang termampu,” katanya.

Terdahulu Pengerusi JPKK Kampung Tenghilan, Francis Solimun, program itu merupakan inisiatif tambahan mereka bagi memastikan masyarakat kampung sentiasa dibela.

Beliau turut menghargai kehadiran Jahid kerana sudi turun padang bagi menyaksikan sendiri penyampaian bantuan tersebut.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan, kerana selain menerima bantuan bakul makanan, penduduk yang mengambil langkah kuarantin dan mereka yang kurang mampu juga berpeluang untuk dibantu menerusi inisiatif seperti ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN