TERIMA KASIH…Dr.Bonevanture (tengah) merakam gambar kenagan bersama Suzi (dua kanan), Kakitangan Kesihatan Ranau (dua kiri) dan rombongan daripada Pejabat Parlimen Ranau.
Oleh: Jainuddin Nasir
PENGHARGAAN…. Jabatan Kesihatan daerah ini, dan orang ramai merakam penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, YB.Jonathan Yasin kerana memberi sumbangan berupa minuman ringan (mineral water) kepada para petugas dan orang ramai yang menunggu giliran untuk menerima Imunisasi Vaksin Covid-19 di Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi.
Sumbangan minuman ringan itu telah disampaikan oleh Setiausaha Kerja Parlimen Ranau, Suzi Binti Munyan kepada Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Daerah Ranau, Dr. Bonevanture Muneh mewakili Jabatan Kesihatan dan orang ramai.
Turut hadir untuk menghantar air minuman itu ialah, Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Tingsu Ganang, Pembantu Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen, Souziah Mainin dan Patricia Asun.



