Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka 

Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka 

MELAKA – Datuk Seri Sulaiman Mat Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dalam satu istiadat di Istana Melaka jam 1 pagi tadi.

Hadir pada majlis tersebut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Upacara angkat sumpah itu dikongsi Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong di laman facebook.


Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN merangkap Pengarah Pilihan Raya Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN; dan Datuk Seri Najib Razak.

Pelantikan Sulaiman berikutan kemenangan BN di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

– MalaysiaGazette