27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Suhaizad, Raynie terima anugerah Pangkat  Lt. Kol dan  Mejar Bersekutu APM

TAHNIAH…. Ir.  Lt. Kol (PA) Suhaizad dan Mejar Bersekutu (PA) Raynie bersama Dato’ Roslan selepas menerima pemakaian pada majlis itu.

LABUAN: Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan, Ir Suhaizad Haji Suliman dianugerahkan pangkat Lt. Kol Bersekutu (PA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pada Isnin.

Sementara itu, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Raynie Datuk Mohd Din turut dianugerahkan pangkat Mejar Bersekutu  (PA). Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Majlis pemaikaian pangkat  dan penyampaian watikan pelantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam  telah disempurnakan oleh   Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Pertahanan Awam Datuk Roslan Wahab yang diadakan di Dewan utama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Wilayah Persekutuan Labuan.

BERUCAP…. Roslan ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.

Hadir sama Pengarah APM Wilayah Persekutuan, Kolnel (PA) Effendy Ali, Pengarah APM Negeri Wilayah Perssekutuan, Kol (PA), Negeri (PPAN) Kelantan, Kol (PA) Zainudin Hussin dan Pegawai Pertahanan Daerah (PPAD), Kuala Muda, Azahar Ahmad dan Pegawai Pertahanan Aam Daerah (PPAD) Wilayah Persekutuan Labuan, Lt.Kol (PA) Erwin Kinsui.

Sementara itu Raynie yang juga Pengerusi  Pertubuhan  Pembangunan dan Sosial Wanita Wilayah Persekutuan Labuan (Pesowna), berbesar hati atas penganugerahan itu dan menyifatkannya sebagai pembakar semangat untuknya terus membantu masyarakat.

” Dengan penganugerahan itu saya akan terus bersama sama berganding bahu bagi melindungi  komuniti di Labuan yang ditimpa musibah, kesusahan dan sebarang bencana samada bencana alam atau bencana buatan manusia,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN