TAHNIAH…. Suhaili mengangkat tangan tanda kegembiraan selepas diumum menang kerusi Parlimen Labuan, pada PRU ke 15 di, Dewan Utama Kolej Matrikulasi Labuan, malam tadi
LABUAN: Mantan Ahli Parlimen Labuan dua penggal (PRU-9 dan PRU-10), Datuk Suhaili Abdul Rahman kembali semula menduduki kerusi Dewan Negara selepas beliau menang dengan majoriti tipis 708 undi pada PRU ke 15.
Suhaili, 61 yang juga Ketua Parti BERSATU Bahagian Labuan memperolehi 8,124 undi menewaskan calon BN, Datuk Bashir Alias yang memperolehi 7,416 undi.
Empat lagi calon yang tewas dalam pertandingan enam penjuru itu ialah penyandang kerusi Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dari parti Warisan yang hanya memperolehi 7,310 undi dan Datuk Dr Ramli Tahir yang mewakili PH 5,307 undi.
Dua lagi calon hilang wang pertaruhan ialah Dayang Rusimah @Raynie Datuk Mohd Din dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) dengan 202 undi dan Datuk Ramle Mat Dally dari parti Pejuang 90 undi.
Kemenangan Datuk Suhaili yang turut dianggap sebagai ‘legend come back” diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yusop Mohammad kira kira jam 10 malam di Dewan Utama Kolej Matrikulasi Labuan.
Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pengundi berdaftar yang layak mengundi di Parlimen Labuan ialah 44,484 orang.
Manakala peratus keluar mengundi bagi Parlimen Labuan pada PRU15 ialah 64.66 peratus.(28,449 pengundi).