BARISAN Ahli Jawatankuasa Penganjur Sugandoi Peringkat Daerah Tuaran 2025.
TUARAN: Daerah Tuaran sememangnya terkenal sebagai lubuk bakat dalam bidang nyanyian, terutama dalam pertandingan Sugandoi Kaamatan.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan Sugandoi Daerah Tuaran 2025, Ali Khazrai Pandin Bin Ali Udin, berkata, sejarah telah membuktikan bahawa bakat-bakat hebat dari daerah ini sering mencuri perhatian di peringkat negeri dan kebangsaan.
Katanya, tahun lalu, nama Tuaran sekali lagi bersinar apabila Scolastica Ann Bonnieface dinobatkan sebagai Naib Juara Sugandoi Kaamatan Peringkat Kebangsaan 2024, dengan mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri.
“Bukan itu sahaja, jika kita menelusuri sejarah Sugandoi, Tuaran telah melahirkan beberapa Juara Sugandoi Peringkat Negeri, antaranya Rozza Rothman (1995), Apprilissa Sue Ann (2015), dan Jacinda Faye (2017),” katanya.
Beliau, yang juga Penolong Pegawai Daerah Tuaran, memberitahu, pada tahun 2022, Jesse Amanda turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai Juara Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri.
“Kini, tiba giliran bakat-bakat baharu untuk menyerlah! Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2025 kembali dengan sesi saringan yang akan berlangsung seperti berikut:

Ali Khazrai Pandin Bin Ali Udin, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan Sugandoi Daerah Tuaran 2025.
📅 Tarikh: 12 April 2025
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Lokasi: Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Kecil Tamparuli
Pemenang peringkat daerah akan melangkah ke peringkat negeri, membawa harapan dan semangat Tuaran ke pentas yang lebih besar.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Sugandoi!
Pendaftaran Mudah Secara Online
Bagi memudahkan penyertaan, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan berikut:
➡ Pendaftaran Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2025
Tarikh-Tarikh Penting:
✅ Saringan: 12 April 2025
✅ Peringkat Akhir: 30 April 2025
✅ Tarikh Tutup Penyertaan: 12 April 2025
Yuran Pendaftaran:
🎤 Terbuka/Dazanak: RM30.00
🎤 Songkotoun: RM20.00
Maklumat lanjut dan pendaftaran:
📞 Dickler Mailson – 0128016257
📞 Joannes Robert Johnny – 0129182206
📞 Rozza Rothman – 0168249277
Kaamatan 2025: Perayaan untuk Semua!
Bertemakan “Kaamatan untuk semua”, pesta tahun ini mengangkat semangat perpaduan dan warisan budaya Kadazandusun Murut Rungus (KDMR).
Sugandoi bukan sekadar pertandingan, tetapi juga platform untuk melestarikan warisan muzik dan bahasa ibunda kita.
Jadi, kepada semua warga Tuaran – Sulaman & Dalit, Tamparuli, Kiulu – inilah masa untuk menyerlahkan bakat anda!
Datanglah beramai-ramai dan saksikan sendiri kehebatan bakat-bakat baharu yang bakal mewarnai pentas Sugandoi Kaamatan 2025!
Kopisanangan, Kotohuadan, dan Selamat Berjuang kepada semua peserta! -By Ateng