26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sudah tiba masa Paitan dinaiktaraf sebagai daerah penuh – James Ratib

Sumbangan Ikhlas…James menyampaikan sumbangan kewangan kepada anak yatim dalam majlis berbuka puasa di Pentas Terbuka Daerah Kecil Paitan.

BELURAN: Pejabat Daerah Kecil Paitan perlu dinaiktaraf untuk menjadikan daerah kecil itu sebagai sebuah daerah penuh bagi merancakkan pembangunan dan kemajuan rakyat disekitar kawasan berkenaan.

Menegaskan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berkata, beliau telahpun membincangkan perkara itu dengan Ketua Menteri Sabah dan ia perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana Daerah Kecil Paitan masih memerlukan pelbagai bentuk pembangunan untuk keselesaan rakyat.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya telahpun membawa perkara itu kepengetahuan Ketua Menteri Sabah kerana Daerah Kecil Paitan ini perlunya pembangunan yang lebih pesat agar rakyat dapat menjalani kehidupan lebih selesa”. Tegasnya ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Peringkat Daerah Kecil Paitan pada Isnin di Pentas Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan.Pejabat Daerah Kecil Paitan perlu dinaiktaraf untuk menjadikan daerah kecil itu sebagai sebuah daerah penuh bagi merancakkan pembangunan dan kemajuan rakyat disekitar kawasan berkenaan.

Datuk James Ratib mengabadikan gambar kenangan bersama golongan anak yatim dari sekitar perkampungan di daerah kecil Paitan.

Sementara itu, James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah berkata, kebajikan anak-anak yatim disekitar kawasan tersebut akan terus dibela tanpa mengira fahaman agama mahupun suku kaum kerana golongan istimewa seperti itu memerlukan perhatian sewajarnya dari semua pihak.

Katanya, menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sumbangan ikhlas yang diberikan kepada golongan anak-anak yatim akan memberikan keceriaan kepada mereka untuk bersama-sama menikmati syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

“Pengalaman saya ketika melawat sebuah rumah penjagaan anak-anak yatim di Jawa Barat Indonesia suatu ketika dahulu amat menyentuh hati saya. Dilokasi itu, terdapat sekitar 2,000 orang golongan anak yatim menginap dan mereka dijaga begitu sempurna oleh pengasuh yang bertanggungjawab. Justeru, saya mengajak semua pihak agar menanam sikap prihatin dan sentiasa membantu mereka yang kurang bernasib baik ini”. jelasnya.

Dalam majlis itu, seramai 46 orang anak yatim beragama Islam dan mualaf dari sekitar perkampungan Daerah Kecil Paitan telah menerima sumbangan kewangan daripada Datuk James Ratib dan turut diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama pemimpin setempat serta kakitangan kerajaan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning Majambu, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.48 Sugut, Jalil Atang, Ketua Daerah Dun Sugut, Awang Bangis Bin Hj. Tarawi dan Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam PaitanUstaz Mohd. Hadi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN