31 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Suami kecewa, isteri tolak pusingan kelapan.


Gambar sekadar hiasan

KECEWA kerana isteri menolak pusingan kelapan, seorang suami nyaris kehilangan alat kelamin kerana cuba mengugut untuk menduakan isterinya.

Wahab, 60, bekerja sebagai penombak buah sawit di salah sebuah ladang di utara Semerang, Indonesia, bagaimanapun berjaya menghalang isterinya yang naik berang dengan ugutan itu selepas dipujuk hampir empat jam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi  waktu tempatan, suami yang baru selasai melayani isterinya yang baru berusia 30-an di pusingan ketujuh telah meminta untuk dilayan dalam pusingan kelapan, namun ditolak isterinya kerana letih dan mengantuk.

Kecewa kerana tidak dilayan, suami bertindak mengugut untuk berkahwin seorang lagi dengan harapan isterinya mempunyai masa yang cukup untuk berehat sementara menunggu giliran dilayan suami.

Bagaimanapun, suasana sunyi, tenang dan romantik pada pagi buta itu bertukar teggang apabila isteri dikatakan tiba-tiba berang dan membalas ugutan suami dengan berkata, “cubalah mas nikah lagi, esok pagi burung mas terbang jauh dan tidak akan kembali lagi ke sangkarnya!”

Menurut sumber dari adik kepada isteri wahab yang tinggal serumah, mendengar ugutan tersebut, suami lantas kedengaran memohon maaf dan berkata bahawa dia tidak akan menikahi mana-mana wanita selagi isterinya masih hidup.

Tersentak dengan kata-kata suaminya yang tidak akan menikahi mana-mana wanita lain kecuali dia sudah meninggal dunia, isteri bertambah berang lalu ke ruangan dapur dan kembali ke kamar tidur membawa sebilah pisau.

“Kamu mau saya mati ya!, daripada hanya burung kamu yang saya kasi terbang, baik sekali dengan kamu saya hantar ke neraka!” jerit isterinya.

Menyedari kesilapan dan ketelanjuran kata-katanya, wahab sekali lagi memohon ampun dan maaf sambil memeluk erat isterinya yang dilihat seakan-akan seekor singa betina yang kelaparan.

“Bagaimanapun hasil kesepakatan, mereka suami isteri berdamai pada waktu itu juga dan kedengaran berbisik-bisik manja sebelum menutup semula lampu bilik,” jelas adik ipar Wahab.

Kanta Fokus

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN