GAMBAR:RITHUAN (berdiri paling atas) bersama staff Perbadanan Labuan selepas melancarkan secara rasmi pembukaan arca tersebut kepada pengunjung.
LABUAN: Struktur arca ‘Labuan Love yang baharu siap di Labuan International Gofl Club (LIGC) dijangka mampu mengamit pengunjung kerana lokasinya terletak di kawasan strategik.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, kedudukan struktur arca ini amat strategik kerana ia menghadap matahari terbit dan juga matahari terbenam amat sesuai untuk orang ramai menikmati pemandangan itu pada sebelah pagi ataupun waktu petang.
“Keunikan struktur arca ini menampilkan dua pemandangan yang berbeza iatu pada sebelah pagi memperlihatkan pergerakan matahari terbit, manakala pada sebelah petang pengunjung pula akan dapat menikmati pergerakan matahari terbenam dan keunikan ini telah memberi nilai tambah kepada LIGC itu sendiri”katanya ketika ditemui media selepas melancarkan secara rasmi arca tersebut, pada Khamis.
Rithuan yakin struktur arca terbaru ‘Labuan Love’ ini menjadikan satu lagi destinasi terbaru yang mampu menarik pengunjung bukan sahaja melakukan aktiviti riadah dan bersosial tetapi juga mengabadikan potret kenangan yang menarik ketika mengunjugi Labuan.
Jelas Rithuan lagi, struktur arca yang dibina dengan kos RM20,000 itu menyaksikan rekabentuk yang menarik sesuai dengan konsep LIGC ‘TeeOff Mother Nature’ yang mana padang golf bertaraf antarabangsa dikelilingi oleh tumbuhan semula jadi.