KOTA KINABALU: Seramai 338 individu di negeri ini telah menerima suntikan vaksin hari ini bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,800 orang.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, bagi Fasa 1 Dos 2 pula, seramai 106 individu menerima suntikan baharu hari inimenjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,175 orang.
“Bagi Fasa 2 Dos 1 PICK, sejumlah 9,802 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 140,848 orang.
“Manakala bagi Dos 2 Fasa 2, seramai 3,144 individu telah menerima suntikan harian, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 40,280 orang,” katanya dalam kenyataan harian, hari ini.
Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, hari ini seramai 1,700 individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif yang telah mendaftar sebanyak 586,927, iaitu MySejahtera 510,124, laman web 76,532 dan talian vaksinasi 271,bersamaan 20%,” jelas Masidi.