26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

StarSabah Tamparuli buka pintu kepada semua: John

John Jinitoh


TAMPARULI: Kepimpinan baharu StarSabah Bahagian Tamparuli mahu membuka pintu kepada semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama untuk sama-sama dalam perjuangan parti tersebut.


Ketua StarSabah Bahagian Tamparuli yang baharu, John Jinitoh berkata hal tersebut dibuat supaya lebih ramai berpeluang untuk berjuang bersama di dalam parti pimpinan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan itu.


“Kepimpinan baharu mahu menyemarakkan dan memperkasakan StarSabah Bahagian Tamparuli khasnya supaya menjadi sebuah parti yang multi-racial.
“Keanggotaan daripada pelbagai lapisan masyarakat adalah perlu kerana ia memberikan sokongan padu bagi memastikan kemenangan kepada calon-calon GRS pada pilihan raya akan datang,” katanya.


John menambah bahawa Tindakan memb uka pintu kepada semua juga relevan kepada perjuangan menuntuk hak Sabah yang menjadi nadi parti tersebut.


“Ideologi politik parti ini adalah untuk seluruh rakyat di negeri ini, khasnya dalam isu menuntut hak-hak Sabah agar ianya dikembalikan semula kepada kita.


“Selain itu, kita menganggap bahawa perjuangan parti StarSabah juga bertindak sebagai landasan penyatuan kepada berbagai suku kaum di negeri ini,” kata beliau.


John yang sebelum ini menyandang jawatan Ketua Wiramuda N14 Tamparuli berjaya melangkah karier politik beliau ke peringkat yang lebih tinggi apabila menang tanpa bertanding menjadi Ketua Bahagian N14 yang baharu.


Kemenangan beliau diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan parti itu yang diadakan di sini baru-baru ini.


Naib Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Starsabah), Jess Joel Moriga telah dipilih sebagai Ketua Wiramuda yang baharu menggantikan John.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN