Alviana….hormati keputusan Basir.
TENOM: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) Bahagian N.42 Melalap menghormati keputusan yang dibuat oleh saudara Basir Abdullah yang meninggalkan Parti STARSABAH yang telah disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada Rabu.
Ketua Bahagiannya Alviana Linus berkata, sebenarnya keinginan Basir keluar parti sudah dijangka lebih awal semenjak dari selepas mesyuarat agung pemilihan STARSABAH bulan Mac lalu.
“Secara peribadi saya berpendapat kemungkinan tindakan Basir keluar parti disebabkan beliau tidak dapat mempertahankan jawatan beliau sebagai naib ketua STARSABAH di N.42 Melalap,” kata Alviana mengulas tindakan Basir itu.
Walau bagaimanapun katanya, ini tidak akan melemahkan semangat STARSABAH di N.42 Melalap kerana terdapat ramai lagi ahli-ahli baharu yang menyertai STARSABAH di kawasan N.42 Melalap.
Pada masa sama Aliviana meminta agar Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Bahagian STARSABAH N.42 Melalap yang baharu terpilih terus bekerja menyantuni masyarakat di kawasan Melalap dan Tenom keseluruhannya.
“Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kemungkinan akan berlangsung pada penghujung tahun hadapan, kita tidak dapat menjangka mana-mana parti didalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan menjadi calon di N.42 Melalap” jelasnya.
Apa yang penting katanya, barisan kepimpinan bahagian ini perlu terus berusaha dalam menambah jumlah ahli parti di kawasan ini.
Beliau juga memohon agar rakyat Sabah amnya dan penduduk Tenom khusunya memberikan sokongan kepada Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Ini katanya, kerana Jeffreu merupakan salah satu pemimpin di Sabah yang banyak memperjuangkan hak-hak rakyat di negeri ini.