Maximus (dua dari kiri)dan Janerowey Januarius (tengah)menunjukkan salinan laporan polis. Turut kelihatan Robert (tiga dari kiri).
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH)Bahagian Bingkor telah membuat laporan polis berkenaan satu artikel yang menyiarkan satu pesanan yang terdapat satu gambar milik Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kononnya telah menyokong penuh kepada pihak Israel.
Pesanan dalam bahasa Inggeris yang mengatakan “But Israel will Be Saved By Lord With An Everlasing Lasvation. You Will Not Be Put To Shame Or Humiliated To Ages Everlasting”
Kenyataan tersebut telah dimuat naik di aplikasi Facebook oleh seorang pemilik akaun yang bernama Danny Lukas JR.
Penama juga telah memuat naik gambar diruangan Facebook miliknya dengan kenyataan terima kasih sadara2 ku kerana bersama teguh di belakang Israel. Star Onsoi yang telah discreen shoot olehnya dalam ruangan komen perbualan whatsapp group yang berbaur hasutan.
Naib Ketua Bahagian STARSABAH Bingkor Maximus Joanes Guines yang membuat laporan itu hari ini berkata,
Laporan polis ini dibuat untuk menafikan dakwaan fitnah tersebut dan juga supaya individu yang memfitnah serta yang turut menyebarkan fitnah tersebut diambil tindakan.
Beliau berharap pemilik akaun Facebook terus disiasat oleh pihak polis dan diambil tindakan undang- undang yang sewajarnya.
Turut membuat laporan yang sama adalah wakil dari Pejabat Parlimen P.180 Keningau Janerowey Januarius Bundoi
Turut hadir memberikan sokongan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin yang Pembantu Menteri Kerjaraya dan Naib Presiden STARSABAH.