31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

STAR DUN Paginatan terima kemasukan 75 ahli baru

Abidin menerima kemasukan 75 orang ahli baharu diketuai oleh Ramlan

RANAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah DUN Paginatan mengukuhkan kedudukannya dengan kemasukan 75 orang lagi ahli baru dekat sini baru-baru ini.

Kemasukan ahli baru itu diterima masuk ke dalam parti Star dalam satu majlis singkat yang turut meraihkan pembukaan Cawangan Parti Star Kg Randagong Baru.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Adun N.38 Paginatan, YB Datuk Abidin Madingkir di Saribonda Cafe & Catering.

75 orang ahli baru itu kebanykannya terdiri daripada parti Upko dan ada juga di antara mereka yang belum ada parti.

Mereka diketuai oleh mantan pegawai penyelidek kanan IDS, Ramlan Godos yang sekaligus menjadi ketua cawangan STAR di Kg Randagong Baru.

Dalam ucapan beliau, Abidin mengucapkan tahniah kepada semua yang berkenaan kerana telah menetapkan pendirian mereka untuk menyokong perjuangan Parti STAR.

“Ini merupakan satu keputusan yang tepat kerana tidak dapat dinafikan lagi bahawa Parti STAR merupakan platform terbaik yang memperjuangkan hak rakyat Sabah, khususnya golongan KDMR,” Kata beliau.

Beliau turut berterimakasih kepada jentera parti di bahagian ini dan menggesa semua pihak agar terus bekerja keras bersama-sama beliau untuk memantapkan lagi kedudukan Parti STAR di sini.

“Kita sedar bahawa oilihanraya negeri dijangka akan berlangsung beberapa tahun lagi, namun kita mesti sentiasa berusaha untuk mengukuhkan dan melebarkan lagi sokongan kita di Ranau, khususnya di DUN Paginatan.

“Semoga parti ini terus berkembang dan maju ke hadapan. Saya menyeru kepada masyarakat di sini agar memberikan sokongan kepada perjuangan parti kita yang diterajui Presiden, Datuk Dr Jefferey Kitingan,” jelas Abidin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN