26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Staf Perhubungan Parlimen Ranau dirai, jasa dikenang

KENANGAN….Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau merakam gambar bersama Attin (duduk  empat kiri), Datuk Jonathan (duduk lima kiri) dan Daini (duduk enam kiri).

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, khidmat bakti dan sumbangan menjalankan tugas yang diamanahkan kepada setiap kakitangan, sama ada dalam jabatan perkhidmatan awam mahupun  kakitangan dalam mana-mana organisasi politik akan tetap dikenang dan disanjung tinggi meskipun kakitangan itu telah bersara wajib atau berhenti meninggalkan tugasnya atas pilihannya sendiri

“Perkhidmatan, sumbangan bakti dan  kecemerlangan pegawai terlibat  sepanjang perkhidmatannya akan tetap dihargai dan dikenang serta menjadi satu catatan sejarah buat selamanya”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada majlis Perpisahan  salah seorang Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Attin Bin  Naisin  73,  bertugas sebagai Setiausaha Pejabat Parlimem Ranau  sejak 1 April 2021 tepi mohon berhenti daripada tugasnya atas sebab-sebab kesihatan.

Turut dirai ialah, mantan Ketua Wanita Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Daini@Ani Binti Radani yang berhenti bertugas di pejabat Parlimen Ranau atas sebab menumpukan perhatian terhadap perniagaannya berhampiran Taman Air Panas Poring disamping  menjaga cucu-cucu tersayangnya.

“Saya juga berterima kasih atas segala budi-baik Datuk Jonathan yang banyak membantu keluarga saya”, jelas Daini sambil menyatakan kesediaannya untuk membantu dan menyokong perjuagan Datuk Jonathan.

Berucap sama ialah, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda.

Attin dalam ucapan ringkasnya, merakam penghargaan dan terima kasih dengan majlis meraikanya terutama kehadiran Datuk Jonathan.

“Saya secara peribadi berterima kasi kepada staf pejabat kita kerana bersusah payah mengadakan majlis ini untuk saya dan Daini,

“Walaupun saya berhenti dalam tugas di Pejabat Parlimen Ranau, namun hati dan semangat saya tetap setia  menyokong perjuangan  Datuk Jonatan dari dulu, sekarang dan selamanya selagi hayat dikandung badan”, jelas Attin yang juga mantan  Ketua Daerah Ranau.

Lebih 20 orang Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau menghadiri majlis tersebut yang diserikan dengan persembahan lagu-lagu menerusi Karaoke selepas penyampaian cenderamata kepada Attin dan Daini yang disempurnakan Datuk Jonathan susuli jamuan makan tengah hari.

Turut hadir ialah, Hussen Bin Haji Jirat , mantan Setiausaha Sulit Kanan, Lajim Bin Abd
Momen, mantan SUS. Datuk Jonathan, Pengerusi JKDB pekan Ranau, Tan Eng Sing dan Puan Jamiah Binti Ajak, isteri tersayang  tuan Attin.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN