30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sokongan anak muda petanda UMNO diterima Rakyat- Mohd Rafi

KEBANGKITAN…Mohd Rafi bersama sama Ahli UMNO Ramsey yang hadir pada Persidangan tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, kehadiran anak muda di setiap cawangan yang bersidang khususnya di Labuan membuktikan UMNO menjadi parti harapan rakyat yang mampu  membawa kesejahteraan dan masa depan yang lebih  baik.

Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, sehingga  hari ini sebanyak 28 daripada 30 cawangan  selesai bersidang  dan telah pun menunjukkan kehadiran anak muda yang bukan saja luar biasa tetapi penuh bersemangat dan memberangsangkan.

“Kewujudan dua cawangan yang telah lama tidak aktif telah menzahirkan keinginan untuk menghidupkan semula  Satu lagi bukti  bahawa gelombang kebangkitan parti UMNO terus membara di setiap cawangan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada ahli ahli cawangan UMNO Tanjung Aru Nelayan dan Batu Arang yang mengaktifkan semula cawangan masing masing untuk terus menyokong parti UMNO” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan UMNO cawangan Ramsey di dewan USIA di sini baru baru ini.

Beliau berkata, tentunya sokongan anak muda termasuk ahli ahli UMNO yang sedia ada disetiap persidangan cawangan berlandaskan Kepada kepercayaan dan harapan dalam membela serta memperjuangkan masa depan rakyat dan negara.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN