27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sokong karya dan seni lakon tempatan: Robert

Robert merakamkan kenangan dengan pelakon-pelakon Filem “Gadis Misteri” yang diketuai oleh Pengurusnya Dazlan Rasni di Keningau Mall.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik menyeru masyarakat tempatan menyokong karya dan seni lakon tempatan agar mereka terus maju dalam bidang ini.

Katanya, karyawan tempatan wajar disokong bagi membolehkan mereka menerokai lebih dalam lagi di arena seni lakon.

“Bidang seni lakon bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat masyarakat tempatan tetapi ia boleh menjadi sumber pendapatan jika ia benar-benar dimanfaatkan oleh pemain industri berkenaan” katanya selepas menemui sekumpulan pelakon filem “Gadis Misteri” di sini baru-baru ini.

Filem dibawah pengurusan Dazlan Rasni itu mengadakan penggambaran di beberapa lokasi di daerah ini termasuk bangunan Keningau Mall.

Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri, beliau sentiasa memberi sokongan dalam apa juga bidang yang diceburi oleh masyarakat di daerah yang lebih menjurus kepada kebaikan dan peningkatan sumber ekonomi.

Justeru itu beliau berharap masyarakat di daerah ini agar memberi sokongan kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang seni lakon.

Pada sama Robert menyeru golongan muda di daerah ini agar menerokai bidang seni lakon.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN