26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sokong GRS kerana KPI tercapai: Kong

Kong (kiri) ketika berucap di majlis itu


RANAU: Penduduk di daerah ini perlu mengundi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana gabungan berkenaan telah mencapai KPInya selama ia mentadbir negeri ini.


Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Kong Soon Choi berkata, bagi mendapat pencapaian ini, perlu ada kestabilan politik di peringkat negeri Sabah dan juga di peringkat Persekutuan.


“Sebab apa kita perlu kestabilan? Kerana kestabilan politik menjamin keamanan negara dari segi keselamatan dan juga ekonomi. Apabila Perdana Menteri sering bertukar ganti, banyak perkara menjadi tidak teratur.


“Kita mengambil contoh misalnya sebuah kampong yang sering bertukar-tukar Ketua Kampungnya, akhirnya kampung tersebut tidak akan mencapai Kemajuan sampai bila-bila,” katanya.


Justeru, Kong yang juga Ketua Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (Star) Sabah, menyeru kepada masyarakat pengundi di sini agar menyokong calon GRS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.


Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P179 Ranau yang diadakan di Pentas Budaya Ranau pada hari Sabtu.


Beliau berharap agar suara-suara para Wanita, Pemuda dan juga akar umbi didengari oleh pucuk pimpinan terutama sekali oleh wakil rakyat yang akan memenangi kerusi di sini kelak.


“Suara-suara ini perlu didengari kerana mereka yang meyuarakan sesuatu telah memberanikan diri untuk bersuara. Mereka menyuarakan apa yang kelihatan sebagai tidak patut yang berlaku di sekeliling mereka.


“Ini termasuklah dari segi jalanraya yang belum diturap atau dinaiktaraf, bekalan eletrik, capaian internet dan signal komunikasi yang masih lagi berada jauh ke belakang berbanding kawasan lain di Malaysia.


“Kita bersuara bukan kerana kita mahu membangkang, tetapi kita mahu melihat kerajaan yang ada hari ini menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Supaya pihak pembangkan tidak dapat menggunakan isu-isu sebegini,” tegas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN