30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMKTPB santuni anak  yatim dan  asnaf

NORAZITA…(tiga dari kiri) menyempurnakan majlis pengagihan sumbangan kepada anak-anak yatim dan murid asnaf di Lobi Perdana.

LABUAN: Seramai 40 anak yatim dan murid dari keluarga asnaf Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) di sini menerima sumbangan  Bakul Kasih Ramadan hasil kutipan Tabung Infak Ramadan serta sumbangan peribadi guru-guru dan kakitangan SMKTPB.

Sumbangan Bakul Kasih Ramadan berupa keperluan harian dan duit raya itu adalah antara usaha pihak sekolah dalam menyemarakkan lagi aktiviti penghayatan sepanjang bulan Ramadan   dalam kalangan guru dan kakitangan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Salah seorang pelajar Rosnazira Roslan menerima sumbangan  dan duit raya daripada Pengetua.

Pengetua SMKTPB,  Norazita  Md.Nor merakamkan penghargaan atas inisiatif Panitia Pendidikan Islam sekolah dalam Program Ihya Ramadan tahun ini memberi peluang kepada semua guru dan  kakitangan untuk menyantuni anak yatim melalui kutipan sumbangan samada barangan keperluan mahupun wang ringgit.

“Penglibatan pihak guru dan staf sendiri dalam menyampaikan Bakul Kasih Anak Yatim dan Asnaf pada setiap tahun sentiasa dinanti-nantikan oleh guru untuk menambahnilai amalan di bulan Ramadan dan memberikan keceriaan dengan meringankan beban keluarga murid asnaf dan anak yatim terbabit untuk menyambut lebaran,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN