32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Rancha-Rancha anjur Program Motivasi Menuju Puncak

MENUJU PUNCAK….Pelajar SMK Rancha-Rancha dan SMK Taman Keramat Kuala Lumpur menyertai program motivasi yang berlangsung secara dalam talian. 

LABUAN: SMK Rancha-Rancha (SMKRR) melalui Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Kurikulum telah mengadakan  Program Motivasi Menuju Puncak secara dalam talian khusus untuk menaikkan semangat dan motivasi pelajar-pelajar SPM tahun ini. 

Menurut guru Bimbingan dan Kauseling SMKRR, Rafeeza Sanadi, antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk  meningkatkan motivasi dalam diri pelajar SPM demi memperolehi kecemerlangan di dalam peperiksaan disamping mendedahkan pelajar mengenai pengurusan masa yang betul bagi mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir.

Program motivasi ini dikendalikan oleh motivator Mohamad Khairul Anwar Rosnan dari Recaliph Consultant  dengan kolaborasi SMK Taman Keramat Kuala Lumpur. 

Seramai 89 orang peserta dari kedua-dua sekolah menyertai program selama dua jam itu pada Sabtu lalu.

MOTIVATOR…. jemputan Mohamad Khairul Anwar Rosnan dari Recaliph Consultant..

“Program atas talian yang dianjurkan oleh SMKRR ini sangat bermanfaat kepada pelajar kerana ianya salah satu program yang dapat membantu meningkatkan semula motivasi diri setelah sekian lama mereka belajar melalui atas talian sepanjang PKP.

“Pendemik COVID-19 yang sedang melanda negara sedikit sebanyak juga telah menjejaskan emosi para pelajar terutama sepanjang PKP dan PKPB pelajar hanya belajar di atas talian tanpa bertemu secara langsung dengan guru” katanya.

Jelas beliau lagi, dengan adanya motivasi yang dianjurkan ini, telah memberi sinar kepada mereka untuk terus berjuang demi kecemerlangan SPM yang mereka akan tempuhi pada 22 Februari ini.

Pengetua SMK Rancha-Rancha yang baharu, Ustaz Wan Azman Wan Awang mengucapkan terima kasih atas usaha Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Kurikulum dan guru-guru kanan bidang mata pelajaran atas usaha gigih dalam penganjuran program yang sangat bermanafaat ini.

Wan Azman berharap dengan adanya program seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu memberi suntikan semangat kepada semua calon SPM agar lebih tabah dan berjuang sehabis baik untuk mendapat keputusan terbaik dalam SPM kelak.

Beliau turut berpesan agar pelajar memanfaatkan masa yang ada ini untuk mengulangkaji pelajaran dan belajar semampu yang mungkin dan harus bijak membahagikan masa serta bijak mengendalikan situasi agar tidak timbul tekanan yang membebankan pemikiran.

“Kebijaksanaan mengatur dan membahagi masa adalah salah satu kunci kejayaan seorang pelajar.

“Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang,”katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN