31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Mutiara  & SK Bedaun Johan Sekolah Lestari Alam  Sekitar peringkat Labuan

JOHAN…. SMK MUTIARA menerima hadiah daripada Amir (dua dari kiri)

LABUAN: SMK Mutiara dan SK Bedaun masing-masing  muncul johan pertandingan Sekolah Lestari Anugerah  Alam Sekitar (SLAAS) 2020-2022 kategori sekolah menengah dan sekolah rendah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Kedua-dua sekolah berkenaan menerima hadiah wang tunai RM2,000, plak dan sijil.

Naib johan bagi kategori  sekolah menangah disandang oleh SM St.Anne, manakala naib johan kategori sekolah rendah dimenangi oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan SK St. Anne masing masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, plak dan sijil.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan,  Amir Hamzah Haji Musa sempena Majlis  Perasmian Hari Alam  Sekitar Negara (HASN) dan Penganugerahan Sekolah Lestari-Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2020-2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di sini, pada Khamis.

Terdahulu Amir berkata, program sekolah lestari Anugerah Alam Sekitar telahpun diperkenalkan sejak tahun 2005 yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesederaan dan  kepentingan masyarakat dalam menjaga alam sekitar disamping mengamalkan pembudayaan Sekolah Lestari.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) berharap sekolah yang telah memenangi anugerah ini akan memberi tunjuk ajar kepada sekolah sekolah lain serta menjadi sekolah penanda aras bagi SLAAS peringkat Wilayah Persekutuan Labuan” katanya.

Hadir pada majlis itu,  Pengurus Labuan Materials and Warehouse, Petroleum Operating Company Sdn. Bhd (KPOC), Camber Mitok dan  Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Samsul Mandisin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN