24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Mutiara Naib Juara Pertandingan Sketsa Kebangsaan

NAIB JUARA…. SMK Mutiara menjadi Naib Juara Pertandingan Sketsa sempena Sambutan Hari Pengguna  KPDNK Peringkat Kebangsaan 2023.

LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Labuan muncul  naib juara Pertandingan Sketsa Peringkat Kebangsaan  sempena Hari Pengguna  Kementerian Perdagagan  Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diadakan di Plaza Pavilion  di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Pengarah Pejabat KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain, SMK Mutiara yang mewakili zon Sabah, Sarawak  dan Labuan terdiri daripada 16 pelajar yang juga ahli-ahli Kelab PenggunaSekolah serta dua guru pengiring.

Beliau berkata selain merangkul naib juara, sekolah ini juga telah menambah satu lagi kejayaan apabila pesertanya  Siti Zara Sofya Arsyad Abdullah dinobat sebagai pelakun wanita terbaik.

“ Kami mengharapkan agar selepas ini akan lebih ramai lagi pelajar-pelajar sekolah menjadi ahli Kelab Pengguna Sekolah supaya berpeluang untuk menyertai apa juga pertandingan berkaitan kepenggunaan  di peringkat kebangsaan” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN