LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan telah memanfaatkan pengalaman guru pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan secara berkesan adalah antara pendekatan yang dilaksanakan untuk membantu pelajarnya menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Pengetua SMK Mutiara, Yahya Ahmad Puteh berkata, bermula dari awal tahun, setiap guru panitia mata pelajaran akan menjemput guru dan penceramah berpengalaman dari luar untuk mendedahkan kepada pelajar kaedah berkesan menjawab soalan SPM mengikut kehendak semasa peperiksaan.
Beliau berkata, Kelas Aliran Agama, SMK Mutiara diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan satu program yang cukup bermanfaat kepada semua warga SMK Mutiara.
Katanya, peluang ini telah dimanfaatkan sepenuhnya Penyelaras Kelas Aliran Agama SMK Mutiara, Ustaz Zainal Abdul Wahab dengan menjemput Guru Bahasa Arab, SMK Agama Melor, Kelantan, Ustaz Mohd Hisyam Hussin, yang berpengalaman luas dalam Bahasa Arab SPM sebagai penceramah pada program kali ini.
āSemua pelajar didedahkan cara menjawab soalan berdasarkan kehendak peperiksaan, selain membuat latih tubi soalan berteraskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
āKita mahu membiasakan pelajar dengan cara menjawab soalan yang tepat dan berkesan supaya mereka dapat skor markah diperuntukkan bagi setiap soalan sekali gus tidak tersasar serta membuang masa terlalu lama untuk menjawab soalan mudah.
āDengan cara ini diharapkan pelajar dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar bermula dari awal tahun hingga ke peperiksaan sebenar,ājelasmya.
Seramai 45 peserta yang terdiri daripada pelajar Kelas Aliran Agama Tingkatan 4 dan Tingkatan 5Ā SMK Mutiara serta pelajar Tingkatan 4 Kelas Aliran Agama SMK Rancha-Rancha telah mengikuti program tersebut.
(Ustaz Mohd Hisyam Hussin(kiri), Ustaz Zainal Abdul Wahab (kanan)
Terdahulu, semua peserta program iniĀ telah didedahkanĀ dengan Teknik Menjawab SPM Bahasa Arab 2022 oleh Ustaz Mohd Hisyam Hussin.
Program ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) dan dijalankan menggunakan aplikasi Google Meet.
Guru Bahasa Arab SMK Mutiara, Ustazah Siti Zamriah Mohamad Hussin, bertindak sebagai moderator pada program kali ini.
Sementara itu dua orang pelajar Kelas 5 Ibnu Sina, pelajar Kelas Aliran Agama SMK Mutiara iaitu Muhammad Nur Iman Afandi dan Nur Ilmuwan Nita Mohamad Mupif telah dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki dan perempuan.
Yahya mengucapkan terima kasih kepada Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Labuan, Ustaz Mohd Syahir Mohd Yusof, yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Ustazah Kamariah Salim kerana sudi hadir dan menyampaikan ucapan penutupan dalam program ini.
āUcapan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengetua SMK Rancha-Rancha, Ustaz Wan Azman Wan Awang kerana hadir bersama dalam program ini serta memberikan sokongan penuh dengan membenarkan guru dan pelajar Kelas Aliran Agama SMK Rancha-Rancha menyertai program bermanfaat itu.
āTahniah dan syabas kepada penyelaras program, Ustaz Zainal, yang juga Penyelaras Kelas Aliran Agama SMK Mutiara dan semua warga SMK Mutiara kerana berjaya melaksanakan program ini.
āSemua program pembelajaran secara berkesan itu dilakukan bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik sekali gus keputusan SPM SMK Mutiara,ākata Yahya.
Yahya berharap semoga program ini memberikan manfaat buat semua warga Kelas Aliran Agama SMK Mutiara dan SMK Rancha-Rancha dan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.
Turut hadir dalam program ini adalah bekas Pegawai JQAF Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Ustaz Mohd Syafei Ali, yang kini berkhidmat di SMK Setiu, Terengganu dan Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Mutiara, Ustazah Siti Sarah Abdul Majid.