JUARA … bawah 18 thun SSN SMK Mutiara.
LABUAN: Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Mutiara dan Sekolah Kebangsaan Pekan Dua (SKPD) muncul juara Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) Tahun 2023.
SSN SMK Mutiara muncul juara yang dibimbing Ketua Jurulatih, Nurazwati Abdul Aziz muncul juara kategori Bawah 15 dan Bawah 18 Tahun.
Manakala SK Pekan Dua menjuarai bagi kategori sekolah rendah (bawah 12 tahun).
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Arena, Bukit Kuda, WP Labuan, Sabtu lalu menyaksikan SSN SMK Mutiara mudah menewaskan Sekolah Menengah Agama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) 20 – 8 untuk merangkul kejuaraan B15 Tahun.
Bagaimanapun bagi kategori B18 Tahun, SSN SMK Mutiara menerima tentangan sengit sebelum mengatasi SM Sains Labuan 13 – 8.
Bagi kategori B15, tempat ketiga bersama disandang SMK Taman Perumahan Bedaun dan SMK Rancha-Rancha.
SMK Pantai dan Kolej Vokasional Labuan meraih tempat ketiga bersama kategori Bawah 18 Tahun.
Sebanyak 17 sekolah rendah menyertai kategori Bawah 12 Tahun, Bawah 15 (9 sekolah) dan Bawah 18 disertai 12 pasukan.
Tiga pemain SSN SMK Mutiara menerima Anugerah Khas Bawah 15 Tahun iaitu Pemain Terbaik Keseluruhan menerusi Noraina Muslimin, Pemain Tengah Terbaik, Nurul Farzana Neliessya Ismail dan Penjaring Terbanyak, Noraina Muslimin dengan 37 gol.

SK PEKAN DUA ….Juara Bawah 12 Tahun.
Manakala pemain SMA MAIWP, Nur Anis Safiah Ismail muncul Pemain Pertahanan Terbaik Bawah 15 Tahun.
Bagi kategori Bawah 18 Tahun pula, dua pemain SSN SMK Mutiara menerima Anugerah Khas iaitu Pemain Pertahanan Terbaik, Chai Jia Sing manakala Siti Nurhafiza Mohammad Hamijon cemerlang dengan hadiah Pemain Terbaik Keseluruhan dan Penjaring Terbanyak dengan 20 gol.
Hadiah Pemain Tengah Terbaik dimenangi pemain SM Sains Labuan, Nurul Maisara Maidan Dali.
Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Pekan Dua menewaskan SK Sungai Lada 3 – 1 untuk menjuarai kategori Bawah 12 Tahun.
Tempat ketiga bersama menjadi milik SK Sungai Bedaun dan SK Lubuk Temiang.
Pemain Pertahanan Terbaik, Marlisa Masyur (SK Pekan Dua), Penjaring Terbanyak, AIsara Aderiana Isar Aderian (SK Pekan Dua) dengan 17 gol.
Pemain Terbaik Keseluruhan, Nur Shakila Mohd Suffian (SK Sungai Lada) dan Pemain Tengah Terbaik, Crystal Angel (SK Sungai Lada).
Kejohanan yang berlangsung dari 1 hingga 5 Ogos 2023 itu diuruskan oleh Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Jaring, Hajah Aini Haji Salleh.
Kejohanan Bola Jaring MSSWPL 2023 dikelolakan bersama oleh SMK Pantai dan SK Lubok Temiang.
Majlis penyampaian hadiah kategori Bawah 18 Tahun disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Labuan, Noraini Sabudin.
Manakala Pengetua SMK Pantai, Ismail Abdullah dan Guru Besar SK Lubok Temiang, Durasad Edris masing-masing menyampaikan hadiah kategori Bawah 15 dan Bawah 12 selaku Pengelola Bersama.



