31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Labuan johan Program K3P Labuan 2023

JOHAN…. Pelajar SMK Labuan yang muncul johan dalam K3P bersama Rosli (tiga dari kanan)

LABUAN: SMK Labuan  muncul johan Karnival Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2023,  baru baru ini.

SMK Labuan  yang diwakili empat pelajar terdiri daripada Muhammad Adam Sufian selaku ketua pasukan  bersama Muhammad Fairuz Herman, Nursyafiqah Aren Barhama dan Eva Dylvia Henry (4C).

Naib johan dimenangi oleh  SM St. Anne yang diwakili Qurratul Ain  Mohamad Ayub, Erica Chin Ming Er Nurul Adriana Mohd Syafiq dan Nur Harisya Husna Mohd Nizam.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh SM St Anthonny yang membariskan Melanie Reese, Mary Jeanne Jonathan Shim,  Qaseh Kyraellyna Asnan Mawardi dan Amanda Myesha Annuar

Ketiga tiga sekolah itu akan mewakili Labuan ke peringkat Kebangsaan yang akan di adakan di Pulau Pinang pada Oktober depan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh  Pengarah Pejabat Kementerian  Pelancongan, Seni dan Budaya WP Labuan, Rosli Mat Jinun.

Karnival Program Pelancongan Pelajar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bertujuan memberi pendedahan  dan pendidikan tentang kepentingan industri  pelancongan Negara.

Selain itu, ia juga beagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap  prospek kerjaya dalam industry pelancongan dengan memumpuk nilai kesukarelawan dalam kalangan pelajar untuk menjaga kebersihan dan kehijauan Negara khususnya di tempat tempat pelancongan.

Sebanyak lapan buah sekolah menengah yang mempunyai Kelab Program Pelancongan pelajar menyertai Karnival selama dua hari satu malam yang ditempatkan di Hotel Palm Beach Resort  bermula pada Sabtu lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN