30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Labuan dominasi Kejohanan Catur Sekolah Sekolah Labuan

.

TAHNIAH….pemenang peserta Kejohanan Catur Sekolah Sekolah bersama Rozman (berdiri tengah  barisan  belakang) Fadilah (berdiri dua dari kiri  barisan belakang) dan Jahmurniwaty (berdiri dua dari kanan barisan belakang).

LABUAN: Pelajar dari SMK Labuan mendominasi Kejohanan Catur Sekolah Sekolah Labuan kategori Sekilah Menengah apabila merangkul tiga tempat teratas kategori sekolah menengah.

Pada kejohanan itu, johan dimenangi,  Edison Lau Chun, naib johan dimenangi  Daniel Yeo Sir Loong dan tempat ketiga Samuel Chang Zhi Kang  tempat ketiga.

Mereka masing masing  menerima hadiah wang tunai dan hamper.

Sementara itu bagi kategori sekolah rendah johan dimenangi oleh Auni Madihah Arman dari SK Pekan Satu, Naib johan dimenangi  Josephine Goh Chyi Yan  dari SJK(C) Chi Wen dan tempat ketiga Athirah  Rosdani dari SK Pantai.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 5 dengan kerjasama Kelab Catur SMK Labuan telah disertai seramai 80 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

Majlis penyampaian hadiah masing masing disempurnakan oleh Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengerusi MPP Sub Zon 5, Fadilah Edie Abd. Khalid dan Penolong Kanan Pengarah Jabatan  Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan, Jahmurniwarty Markum mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN