24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Keningau II, SK Banjar terima sumbangan kerusi

Robert (tengah) bersalam dengan cikgu Jeffri selepas menyerahkan kerusi.

KENINGAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau II dan Sekolah Kebangsaan (SK) Banjar masing-masing menerima sumbangan 200 buah dan 100 buah kerusi darpada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyerahkan sumbangan kerusi itu masing-masing diterima oleh cikgu Jeffri Mohd Yusof mewakili SMK Keningau II dan cikgu Ali Hasan Haji Sabli mewakili SK Banjar.

Sumbangan kerusi tersebut amatlah diperlukan oleh sekolah untuk kegunaan para pelajar di sekolah tersebut semasa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti sekolah.

Kedua-dua wakil penerima sekolah tersebut mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan itu.

Sementara itu Robert berkata, beliau senitasa mengambil berat dengan apa juga masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.

“Kalau kita mampu, kita akan bantu terutama keperluan-keperluan yang mendesak” katanya selepas menyerahkan sumbangan kerusi itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN